Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, January 11, 2009

Sesi Pemanas Badan Terakhir & Pengesahan Pasukan

Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita mengesahkan pendaftaran pasukan dalam Liga AF4B yang akan bermula pada Ahad, 11 Januari 2009.
Sesi pemanas badan ke tiga yang berlangsung pada Sabtu, 10 Januari 2009 ini telah berjalan lancar mulai jam 3.30 petang.

Sesi perlawanan persahabatan berlangsung dengan baik dibantu oleh 2 orang jurulatih futsal berpengalaman.

Sesi pada petang Sabtu akan secara rutin diselang selikan dengan aktiviti senamrobik.
Senamrobik pada petang itu berlangsung meriah dengan kehadiran instruktor terkenal dan berpengalaman. Langkah mengikut muzik moden dan tradisional ternyata mengekalkan momentum dan semangat pelatih-pelatih akademi hingga ke akhir sesi. Ternyata sesi senamrobik ini banyak membantu meningkatkan kecergasan dan kekuatan anggota bawah dan serta sistem kardiovaskular mereka.
Sesi perbincangan kumpulan juga dijalankan untuk mengharmonikan pasukan-pasukan yang baru dibentuk khas untuk liga AF4B ini.


Di akhir sesi ini, kesemua 12 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita bergambar bersama dan menyatakan komitmen dan keazaman untuk mengharungi Liga ini dengan penuh disiplin, semangat kesukanan dan seterusnya mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan mereka di tahap optimum.

Sunday, December 14, 2008

SEMINAR PROMOSI KESIHATAN - SIRI 1

Bertempat di Dewan Titiwangsa, KOMBES, peserta-peserta AF4B telah didedahkan dengan kuliah Pemakanan Secara Sihat, Aktiviti Fizikal yang Efektif dan Selamat dan Perubahan Dalaman Ketika Melakukan Aktiviti Fizikal bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahamana mereka dalam aspek sukan sihat.

Selain itu, peserta dan ibubapa mereka juga telah dipelawa untuk membuat ujian kesihatan seperti ujian kandungan gula dalam darah, ujian nadi dan ujian tekanan darah. Walau terdapat peserta perempuan yang ketakutan ketika darahnya diambil, mereka akhirnya tersenyum malu di atas aksi ketakutan mereka.

Gambar- gambar lain di fotopages.

Saturday, December 6, 2008

Seminar Promosi Kesihatan - Siri 1

Anda ada persoalan kesihatan dan sukan?

Tentang pemakanan? Apakah makanan yang seimbang...
Benarkah anda perlu makan mengikut jantina? Umur ? atau jenis aktiviti?
Bagaimana cara selamat untuk menambah atau menurunkan berat badan?

Adakah aktiviti fizikal yang anda jalankan berkesan? Bagaimana untuk mengelakkan kecederaan ketika melakukan aktiviti fizikal?

Mengapa disarankan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari? 3 kali seminggu?
Apakah itu aktiviti fizikal aerobic dan bezanya dengan aktiviti anaerobics?
Apakah sasaran aktiviti fizikal anda? Jangka pendek? Sederhana? Panjang?
Tips untuk mengurangkan ketidakselesaan/kesakitan ketika melakukan aktiviti fizikal?


Apakah yang berlaku di dalam badan anda ketika melakukan aktiviti fizikal?
Regangan sebelum melakukan aktiviti fizikal? Pentingkah? Cara yang betul melakukannya?
Kenapa jantung berdegup kencang? Mengapa tercungap-cungap ketika melakukan aktiviti fizikal?
Bagaimana meningkatkan stamina dan ketahanan badan?


Menilai keupayaan fizikal diri? Tanda-tanda amaran? Elakkan risiko kecederaan .. kesakitan.. mengancam nyawa.. dan pelbagai lagi isu akan dikupas SECARA EKSKLUSIF untuk pelatih Akademi Futsal 4B (AF4B) Kawasan Cheras..


Jumpa di sana... penyertaan juga masih dibuka untuk pelatih-pelatih baru dan juga penyertaan kepada orang awam yang berminat untuk hadir ke sesi ceramah.. aerobik..gym...latihan futsal sahaja. Untuk keterangan lanjut sila hubungi sekretariat...