Penasihat : Dr Shawaludin Bin Hj Husin Pengerusi Penaja Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras
Pengarah Program : Khairul Bin Hashim
Setiausaha /Kewangan : Zuliatini Bte Mohd Joni
Jawatankuasa Teknikal & Perlawanan: Zainal Bin Ibrahim
Jawatankuasa Peralatan & Tempat: Zailani Bte Mohd Mohd Azmir Bin Abd Satar (Cuti Belajar)
Jawatankuasa Majlis dan Pemeriksaan Kesihatan: Noor Azman Bin Noor Kamarshah
Belia 4B serah memorandum bantahan kepada Kedutaan AS
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Kira-kira 50 ahli Gerakan Belia 4B mengadakan demonstrasi aman mengutuk serangan Israel ke atas Palestin serta menghantar memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini hari ini.
Kumpulan yang diketuai oleh Pengerusi Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan, Mohd. Azhari Naharuddin sebelum itu berarak dari bangunan Lembaga Tabung Haji sebelum menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil kedutaan AS di sini pada pukul 2.55 petang.
Bagaimanapun, kumpulan itu ditahan oleh polis kira-kira 50 meter dari pintu masuk kedutaan tersebut.
Hanya Mohd. Azhari serta empat wakil lain dari kumpulan itu dibenarkan menyerahkan memorandum berkenaan kepada seorang wakil kedutaan yang enggan dikenali.
Mohd. Azhari berkata, peranan AS sebagai 'polis dunia' amat penting dalam menghentikan serangan rejim Israel ke atas wilayah Hamas di Palestin sejak hujung Disember lalu.
"AS harus menghentikan tindakan rejim Yahudi ke atas Palestin kerana janganlah kerana satu atau dua orang pemimpin Hamas, seluruh Palestin menjadi mangsa serangan Israel," katanya ketika ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum itu.
Menurutnya, Gerakan Belia 4B amat prihatin dengan nasib yang menimpa golongan muda dan kanak-kanak Palestin yang ramai terkorban sejak serangan itu.
KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menghantar surat rayuan kepada Majlis Sukan Malaysia (MSM), minggu ini berhubung pengguguran acara futsal pada Sukma edisi ke-13 di Melaka pada 2010.
"Adalah satu kerugian sekiranya acara futsal tidak dipertandingkan pada Sukma nanti memandangkan bahawa futsal kini adalah sukan yang semakin mendapat tempat di kalangan golongan remaja," katanya.
KOTA KINABALU 30 Nov. - Kementerian Belia dan Sukan mensasarkan pertambahan bilangan ahli persatuan-persatuan belia di seluruh negara akan meningkat sekali ganda iaitu sebanyak sejuta keahlian baru menjelang akhir tahun depan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini hanya kira-kira sejuta belia di negara ini mendaftar sebagai ahli persatuan belia. Menurutnya, bilangan itu hanya 10 peratus daripada kira-kira 11.6 juta belia di negara ini yang mendaftar dalam persatuan belia.
''Daripada segi penyelidikan yang kita buat, belia yang berpersatuan ini agak sukar dipengaruhi oleh perkara-perkara negatif, jadi sebab itu kita nak perbanyakkan ahli persatuan," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian cek bantuan program memperkasa Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah 2008 di sini semalam.