Thursday, January 29, 2009

Wow! Factor...



Piala Pusingan Liga Akademi Futsal Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras. ( Lelaki & Wanita) - Edisi 1 (Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras, Jabatan Belia & Sukan WP serta Jabatan Kesihatan DBKL)


Piala Pusingan Karnival Grand Finale Akademi Futsal Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras (Lelaki & Wanita) - Edisi 1 (Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras & Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia)

* Teruskan komitmen, disiplin dan kecemerlangan anda semua, hanya pasukan/pemain yang cukup 80% syarat kehadiran layak ke Karnival Grand Finale!!!

Wednesday, January 28, 2009

KEPUTUSAN LIGA

Masih terdapat keputusan beberapa pasukan yang belum dapat dikemaskini selepas mesyuarat semalam, kerana terdapat beberapa Fasi yang masih bercuti Tahun Baru Cina. Walau bagaimanpun, keputusan yang dipamer adalah gambaran bagaimana mata setiap pasukan dinilai. Perlu diingatkan, markah yang diberi adalah berdasarkan kehadiran, disiplin dan penglibatan peserta.
Tahniah kepada TKC yang mendahului pasukan lain, buat masa ini.
JAWATANKUASA meminta setiap pasukan membuat semakan dan ajukan sebarang persoalan ke gb4bcheras@gmail.com sekiranya terdapat perkara berbangkit.

Sunday, January 18, 2009

Keputusan Perlawanan Liga AF4B

Sabtu, 17 Januari & Ahad, 18 Januari 2009

Ha...Ni dia keputusan yang hang pa semua tunggu-tunggu...
Tahniah kepada pasukan yang menang...
Yang kalah, tak semestinya kalah selama-lamanya...
Yang seri.. tak semestinya berseri-seri selama-lamanya..

Adat pertandingan, ada menang ada kalah...
Yang penting persahabatan sebagai keluarga besar dalam AF4B lebih penting...

Jangan main macam nak menang Piala Dunia pulak!
Ingat ye, ... kena kad kuning... kena kad merah, mata pasukan hang pa akan ditolak...
So berhati-hati di jalanraya...

Selamat mengharungi Sabtu & Ahad ini yang pasti menjanjikan aksi2 yang lebih menarik...
Dengan kembalinya pasukan-pasukan yg bertanding dalam i-metro tempohari...

Jadi, diucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pasukan...

Jumpa Sabtu ini, jam 3.30 petang... pasukan yang datang lewat, akan ditolak mata kehadiran.. & jika gilirannya permainannya ketika itu... alamat, menang FREE la pasukan lawan hang pa..

12 pasukan lelaki :



6 pasukan wanita :



Tuesday, January 13, 2009

Seminar Perubatan Sukan - Futsal

Sesi pertama Liga AF4B telah bermula secara rasminya pada Ahad, 11 Januari 2009. Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita telah memulakan persaingan untuk merebut kejuaraan Liga AF4B yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

Konsep Liga akademi ini yang uniknya menawarkan segenap aspek untuk melengkapkan diri sebagai seorang pemain futsal yang berkualiti... ujian saringan kesihatan dan kecergasan yang lengkap, latihan yang konsisten oleh coach futsal yang diiktiraf FAM, latihan kecergasan dan kekuatan otot, bengkel teori teknikal/taktikal dari pegawai/doktor diiktiraf dan banyak lagi.

Seminar pada Ahad lalu telah membincangkan mengenai komposisi badan sebagai seorang pemain futsal... ujian komposisi badan telah dijalankan untuk menentukan tahap lemak, air, basal metabolic rate (BMR), berat yang perlu dikurang/ditambah untuk menjadi seorang pemain futsal yang mantap!

Selain itu juga, seminar turut membincangkan konsep latihan fizikal yang ideal untuk mengekalkan stamina, kelajuan dan lain-lain yang diperlukan oleh seorang pemain.

Dan kecederaan biasa dalam permainan futsal merupakan topik hangat pada hari itu, yang mana ramai pelatih mengambil peluang untuk bertanya soalan kepada doktor yang hadir mengenai kaedah-kaedah rawatan dan tips-tips untuk mengelakkan kecederaan dari berulang.

Slot seminar pada petang itu diakhiri dengan taklimat undang-undang dan peraturan standard futsal terkini daripada FIFA dan FAM serta pertunjukan video permainan daripada pasukan-pasukan futsal dalam dan luar negara.

Wajah -wajah ceria pelatih-pelatih AF4B boleh dilihat di bawah :










Sunday, January 11, 2009

Sesi Pemanas Badan Terakhir & Pengesahan Pasukan

Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita mengesahkan pendaftaran pasukan dalam Liga AF4B yang akan bermula pada Ahad, 11 Januari 2009.
Sesi pemanas badan ke tiga yang berlangsung pada Sabtu, 10 Januari 2009 ini telah berjalan lancar mulai jam 3.30 petang.

Sesi perlawanan persahabatan berlangsung dengan baik dibantu oleh 2 orang jurulatih futsal berpengalaman.

Sesi pada petang Sabtu akan secara rutin diselang selikan dengan aktiviti senamrobik.
Senamrobik pada petang itu berlangsung meriah dengan kehadiran instruktor terkenal dan berpengalaman. Langkah mengikut muzik moden dan tradisional ternyata mengekalkan momentum dan semangat pelatih-pelatih akademi hingga ke akhir sesi. Ternyata sesi senamrobik ini banyak membantu meningkatkan kecergasan dan kekuatan anggota bawah dan serta sistem kardiovaskular mereka.
Sesi perbincangan kumpulan juga dijalankan untuk mengharmonikan pasukan-pasukan yang baru dibentuk khas untuk liga AF4B ini.


Di akhir sesi ini, kesemua 12 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita bergambar bersama dan menyatakan komitmen dan keazaman untuk mengharungi Liga ini dengan penuh disiplin, semangat kesukanan dan seterusnya mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan mereka di tahap optimum.

Wednesday, January 7, 2009

Go AF4B... BERGERAK!

Setiap pasukan yang akan menyertai Liga AF4B digalakkan membuka satu web team masing-masing di laman web gofutsal.com. (SILA NAMAKAN PASUKAN DENGAN BERHEMAH)

Sila lihat contoh : Team AF4B



Segala perkembangan / keputusan perlawanan pasukan masing-masing boleh dikemaskini di sana.

Pihak urusetia AF4B akan turut mengemaskini mata keseluruhan liga berdasarkan minggu bermula Ahad, 11 Januari ini. (kutipan mata Liga AF4B secara rasmi)

Selamat bertanding kepada semua pasukan.

Go AF4B... BERGERAK!

Tuesday, January 6, 2009

Final Call untuk Liga AF4B

Hari terakhir pendaftaran pasukan & individu (TERHAD) dan pengundian pasukan.

Hari/Tarikh: Sabtu/10 Januari 2009

Pendaftaran bermula : 3.30 petang

Masa perlawanan : 4.00 ptg - 6.30 ptg

Taklimat akhir & pengundian : 6.30 - 7ptg.

Hubungi: En Khairul- 0163310578 / En Zainal-0133023196 /Cik Zulia-0196930066

Lokasi di Kompleks Belia & Sukan Kampung Pandan (KOMBES) - (A) pada peta di bawah:

Sunday, January 4, 2009

Laporan sesi pemanas badan kedua Liga AF4B

Tshirt hitam-emas pelatih AF4B (barisan bawah)

Sebanyak 8 pasukan lelaki & 4 pasukan wanita telah menghadirkan diri pada sesi pemanas badan pertama Liga AF4B yg telah berlangsung pada Ahad, 4 Januari, jam 8pagi-12tghr bertempat di Kompleks Sukan Kampung Pandan. (KOMBES)

Semua peserta sampai seawal jam 8 pagi & bersemangat untuk memulakan sesi perlawanan persahabatan Liga Af4B & latihan gym untuk menguatkan otot kaki demi rembatan yang lebih padat dan jitu!

Perlawanan persahabatan berlangsung rancak di 2 court yang telah disediakan.

3 coach daripada pasukan Liga Futsal FELDA telah memberikan tunjuk ajar yang baik dan sangat bermanfaat kepada pelatih.

Sesi perlawanan futsal pagi tadi diselang seli dengan latihan gymnasium oleh 2 orang instruktor gymnasium yang terlatih.

Penyertaan masih dibuka untuk mencukupkan 12 pasukan lelaki & 6 pasukan wanita... sblm Liga AF4B bermula secara rasmi pada Ahad, 11 Januari 2009. ( penyertaan dari pasukan / individu )

Sesi ke tiga & merupakan sesi pemanas badan terakhir akan berlangsung pada 10 Januari 2009 jam 4-7 ptg di KOMBES dan merupakan hari terakhir pendaftaran pasukan & individu (TERHAD) dan pengundian pasukan.

Jika berminat sila tinggalkan nama dan nombor utk dihubungi di 'comments' :
@ terus menghubungi En. Zainal-0133023196/Cik Zulia-0196930066

Saturday, January 3, 2009

Laporan sesi pemanas badan pertama Liga AF4B

Sebanyak 6 pasukan lelaki & 3 pasukan wanita telah menghadirkan diri pada sesi pemanas badan pertama Liga AF4B yg telah berlangsung pada 3 Januari, jam 4-7 ptg bertempat di Kompleks Sukan Kampung Pandan. (KOMBES)

Hujan lebat sebelum itu tidak mengganggu kemeriahan perlawanan persahabatan yang berlangsung rancak di 2 court yang telah disediakan. 2 coach daripada pasukan Liga Futsal FELDA telah memberikan tunjuk ajar yang baik dan sangat bermanfaat kepada pelatih.

Perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Futsal FELDA terpilih akan diaturkan kepada pelatih akademi yang terpilih kelak. Sesi perlawanan futsal pada petang itu diselang seli dengan senamrobik rancak & bertenaga oleh 3 orang instruktor yang terkenal & kerap menjadi instruktor senamrobik di slot senamrobik televisyen.

Penyertaan masih dibuka untuk mencukupkan 12 pasukan lelaki & 6 pasukan wanita... sblm Liga AF4B bermula secara rasmi pada Ahad, 11 Januari 2009. ( penyertaan dari pasukan / individu) . Sesi ke tiga pemanas badan akan berlangsung pada 10 januari 2009 jam 4-7 ptg di KOMBES merupakan hari terakhir pendaftaran pasukan & individu (TERHAD).

Jika berminat sila hubungi En Zainal-0133023196/Cik Zulia-0196930066