Sunday, January 11, 2009

Sesi Pemanas Badan Terakhir & Pengesahan Pasukan

Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita mengesahkan pendaftaran pasukan dalam Liga AF4B yang akan bermula pada Ahad, 11 Januari 2009.
Sesi pemanas badan ke tiga yang berlangsung pada Sabtu, 10 Januari 2009 ini telah berjalan lancar mulai jam 3.30 petang.

Sesi perlawanan persahabatan berlangsung dengan baik dibantu oleh 2 orang jurulatih futsal berpengalaman.

Sesi pada petang Sabtu akan secara rutin diselang selikan dengan aktiviti senamrobik.
Senamrobik pada petang itu berlangsung meriah dengan kehadiran instruktor terkenal dan berpengalaman. Langkah mengikut muzik moden dan tradisional ternyata mengekalkan momentum dan semangat pelatih-pelatih akademi hingga ke akhir sesi. Ternyata sesi senamrobik ini banyak membantu meningkatkan kecergasan dan kekuatan anggota bawah dan serta sistem kardiovaskular mereka.
Sesi perbincangan kumpulan juga dijalankan untuk mengharmonikan pasukan-pasukan yang baru dibentuk khas untuk liga AF4B ini.


Di akhir sesi ini, kesemua 12 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita bergambar bersama dan menyatakan komitmen dan keazaman untuk mengharungi Liga ini dengan penuh disiplin, semangat kesukanan dan seterusnya mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan mereka di tahap optimum.

No comments: