Thursday, November 27, 2008

Jemputan ke Karnival Futsal Sihat 4B Cheras-LPKM

Satu Karnival Futsal Sihat 4B Cheras-LPKM akan diadakan di Ampang Sport Planet pada Hari Ahad ini, 30 November bermula jam 10pagi-12tengahari.

Karnival ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dengan amalan bersenam secara tetap melalui aktiviti sukan futsal yang menjadi trend remaja/belia dewasa ini.

Karnival ini melibatkan penyertaan daripada pelatih Akademi Futsal Belia 4B-LPKM sendiri di samping jemputan kepada NGO-NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, pihak media serta orang awam.

Penyertaan dalam karnival ini adalah percuma dan dalam pada masa yang sama turut membuka peluang untuk remaja/belia mendaftar ke Akademi Futsal 4B Cheras bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) yang masih berlangsung sehingga pertengahan Februari 2009 nanti.

Untuk keterangan lanjut mengenai karnival ini boleh menghubungi Sekretariat program di talian 016-3310578/019-6930066/016-9647986 /012-2643589 atau lawati blog program di: http://akademifutsal4b.blogspot.com/

Monday, November 24, 2008

Latihan Gymnasium

Pantun 3 kerat:
Hari Sabtu berlatih futsal,
Hari Ahad membina badan.
Jomla, kita ganti Malek Noor!
Tarikh: 23 November 2008
Masa : 8.30 - 11.00 pagi.

Untuk AF4B, sesi latihan yang diatur adalah terdiri daripada, latihan spesifik jurulatih -futsal, latihan gymnasium dan latihan aerobik. Kesemua ini dijalankan secara konsisten & berjadual bagi meningkatkan tahap kemampuan badan dan otot. Pada setiap hari Ahad, latihan aerobik dan latihan gymnasium diadakan yang mana memberikan fokus kepada otot-otot yang digunakan untuk menjalani latihan dan bermain futsal. Ini adalah bagi mengelakkan kecederaan ketika di gelanggang.

Jurulatih yang berkelayakan dalam bidang sains sukan telah dilantik untuk memberikan tunjuk ajar kepada pemain. Jurulatih-jurulatih gymnasium ini dikenali sebagai: Sadiq, Anuar, Zaki dan Najib. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah datang terus ke KOMBES atau hubungi sekretariat di 019-6930066/ 016-9647986 / 012-2643589.

Monday, November 10, 2008

JOM LECEK BOLA


BRO, JOM MAIN FUTSAL.
JOM KITA LIHAT SAPER POWER!

Tarikh: 8 November 2008
Masa: 4.00pm hingga 7.00pm
Tempat: Gelanggang Tennis, KOMBES
Aktiviti: Latihan Spesifik Futsal





Monday, November 3, 2008

UJIAN KECERGASAN

AKADEMI FUTSAL 4B, YANG DITUNGGU, YANG DINANTI, TELAH BERMULA!!
Tarikh: 2 November 2008
Masa: 8.00am hingga 1.00pm
Tempat: Gelanggang Badminton, KOMBES
Aktiviti: Ujian Kecergasan (Peringkat Pertama, Saringan Pertama)

PENYERTAAN MASIH DIBUKA KEPADA INDIVIDU/KUMPULAN YANG BERUSIA ANTARA 15 HINGGA 40 TAHUN.

KEPADA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI:

016-3310578/019-6930066/013-3023196/012-6458231/019-2795573.