Showing posts with label Sihat. Show all posts
Showing posts with label Sihat. Show all posts

Sunday, December 14, 2008

SEMINAR PROMOSI KESIHATAN - SIRI 1

Bertempat di Dewan Titiwangsa, KOMBES, peserta-peserta AF4B telah didedahkan dengan kuliah Pemakanan Secara Sihat, Aktiviti Fizikal yang Efektif dan Selamat dan Perubahan Dalaman Ketika Melakukan Aktiviti Fizikal bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahamana mereka dalam aspek sukan sihat.

Selain itu, peserta dan ibubapa mereka juga telah dipelawa untuk membuat ujian kesihatan seperti ujian kandungan gula dalam darah, ujian nadi dan ujian tekanan darah. Walau terdapat peserta perempuan yang ketakutan ketika darahnya diambil, mereka akhirnya tersenyum malu di atas aksi ketakutan mereka.

Gambar- gambar lain di fotopages.

Thursday, November 27, 2008

Jemputan ke Karnival Futsal Sihat 4B Cheras-LPKM

Satu Karnival Futsal Sihat 4B Cheras-LPKM akan diadakan di Ampang Sport Planet pada Hari Ahad ini, 30 November bermula jam 10pagi-12tengahari.

Karnival ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dengan amalan bersenam secara tetap melalui aktiviti sukan futsal yang menjadi trend remaja/belia dewasa ini.

Karnival ini melibatkan penyertaan daripada pelatih Akademi Futsal Belia 4B-LPKM sendiri di samping jemputan kepada NGO-NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, pihak media serta orang awam.

Penyertaan dalam karnival ini adalah percuma dan dalam pada masa yang sama turut membuka peluang untuk remaja/belia mendaftar ke Akademi Futsal 4B Cheras bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) yang masih berlangsung sehingga pertengahan Februari 2009 nanti.

Untuk keterangan lanjut mengenai karnival ini boleh menghubungi Sekretariat program di talian 016-3310578/019-6930066/016-9647986 /012-2643589 atau lawati blog program di: http://akademifutsal4b.blogspot.com/