Saturday, February 28, 2009

Peserta AF4B ada gambar menarik sepanjang program???

http://www.1malaysia.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=356&Itemid=91

Najib lancar pertandingan foto di web peribadi

28/02/2009 4:57pm

KUANTAN 28 Feb. — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pertandingan foto menerusi laman web peribadinya - www.1Malaysia.com.my dan pemenang bertuah berpeluang bertemunya dalam satu majlis istimewa. Pertandingan foto itu bermula 1 hingga 31 Mac ini, terbuka kepada penduduk yang menetap di Malaysia yang berumur 18 hingga 23 tahun.

Timbalan Perdana Menteri yang mengumumkannya kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Warga Universiti Malaysia Pahang dan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur, di sini, berkata tema pertandingan itu ialah “Unity Through Diversity” (Perpaduan Melalui Kepelbagaian).

“Peserta perlu menghantar foto yang melambangkan perpaduan dan kepelbagaian Malaysia yang unik, dan saya sendiri akan memilih pemenangnya,” katanya.

Pemenang akan menerima sebuah kamera digital yang akan disampaikan beliau sendiri pada satu pertemuan khas kelak.

— BERNAMA

Thursday, February 26, 2009

Larian Amal Gaza 4B Cheras


Kepada semua ahli 4B yang bosan takde buat apa pagi esok...
(http://4bcheras.ning.com/events/larian-amal-gaza)

Sila sertai Larian Amal Gaza:

SABTU (28-2-2009)

Tempat :Kompleks Belia & Sukan Kampung Pandan ( KOMBES)

Mula : Jam 8 pagi (acara dijangka tamat jam 1 petang)
Terdapat juga aktiviti lain seperti - peraduan teka kacang, jualan lelong, nyanyian, cabutan nombor bertuah dan banyak lagi. Terdapat banyak hamper untuk dibawa pulang.
Larian akan dimulakan jam 8 pagi.

Yuran -RM1.00 sahaja.

100 peserta pertama yang berjaya menamatkan larian akan diberikan sehelai T.Shirt sumbangan Rakan Muda.
SILA HEBAHKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.
JUMPA DISANA UNTUK MENGETAHUI BANYAK LAGI AKTIVITI MENARIK... ANUGERAH PERDANA RAKAN MUDA, ANUGERAH BELIA PERDANA, PELUANG MENYERTAI PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA - ASIA, PELUANG MENAIKI KAPAL LAUT TUNAS SAMUDERA DLL LAGI.

Sila datang beramai-ramai ke KOMBES.

Hubungi Zulia (Kobena), Zayla (Laksamana), Zainal (Segar) dan Amir (Pudu) untuk keterangan lanjut.

Friday, February 20, 2009

Pertandingan Liga Bola Sepak Remaja Bawah 20 Tahun MPKj


Berikut merupakan peraturan am dan borang pertandingan Liga Bola Sepak Remaja Bawah 20 Tahun Majlis Perbandaran Kajang 2009.

Peraturan Am dan Borang Penyertaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Kebudayaan & Rekreasi Dan Muzium & Perpustakaan, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, MPKj di talian 03-87377899 ext : 7005/7008 atau En Shahril - 012 - 6144064


Maklumat lanjut di:
http://www.mpkj.gov.my/main.asp?MPKj=tie&akhbar=3&tajuk=Pengumuman&PID=58#2

Thursday, February 19, 2009

PERTANDINGAN FUTSAL (FONESTA '09) KOLEJ 14, UPM

PERTANDINGAN FUTSAL (FONESTA '09) KOLEJ 14, UPM
TARIKH : 28/02/2009 - 01/03/2009 (SABTU DAN AHAD)

MASA : 28/02 (2PM-6PM) , 01/03 (8AM-6PM)

TEMPAT : PADANG KOLEJ 14, UPM, SERDANG

YURAN : RM85/PASUKAN (1 PASUKAN 8-10 PEMAIN)

HADIAH :
JOHAN : RM600 + PINGAT + HAMPER
KE-2 : RM300 + PINGAT + HAMPER
KE-3 : RM150 + PINGAT + HAMPER
KE-4 : RM100 + PINGAT + HAMPER

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 23/02/2009 (ISNIN)

KEERANGAN LANJUT :
MAWI : 017-6820360
BOB : 012-8529972

Monday, February 16, 2009

Kalendar Aktiviti Cawangan-Cawangan GB4B Kawasan Cheras 2009


Ada sedikit perubahan dari segi tarikh.. diharap ahli-ahli 4B dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan setakat ini.

Segala cadangan bolehlah di ajukan di : http://4bcheras.ning.com/

Majlis Penutup Karnival Akhir AF4B

CHERAS, Ahad , 15 Februari 2009: Program Liga Akademi Futsal 4B (AF4B) yang dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) akhirnya telah melabuhkan tirai pada 15 Februari 2009. AF4B ini telah berjalan setiap minggu, bermula 1 November 2008 sehingga 15 Februari 2009 ini telah berjaya mengumpulkan belia seramai 144 orang menerusi aktiviti berbentuk promosi kesihatan iaitu melalui sukan futsal. Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita berkumpul di Kompleks Belia dan Sukan Kg. Pandan setiap minggu, bagi melayakkan pasukan masing-masing menyertai Karnival Akhir AF4B yang dianjurkan serentak pada hari Majlis Pelancaran Penutup ini.

Majlis Pelancaran Penutup Liga Akademi Futsal 4B Kawasan Cheras ini telah di sempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LPKM, Pn. Hjh. Kamariah bt. Mohd.Noah.

Penasihat AF4B Dr. Shawaludin bin Husin, berkata menerusi program ini, Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras akan dapat menambah penyertaan belia berpersatuan. Disamping mempromosikan kesihatan, program seperti ini juga dapat menggalakkan budaya hidup sihat dikalangan belia. Katanya, sebahagian besar penyertaan yang diperolehi adalah melalui iklan dan promosi di internet dan mereka ini telah mendaftarkan diri secara individu pada mulanya. Walaubagaimanapun, menerusi program AF4B ini, mereka telah diberikan pasukan dengan tujuan memberi pendedahan kepada pelatih untuk bekerjasama, memimpin dan berpersatuan.

“Beberapa pelatih yang berkaliber telah dikenalpasti, dan mereka ini adalah merupakan aset kepada persatuan kerana keupayaan mereka memimpin dan menggalakkan budaya hidup positif dikalangan kawan-kawan seperjuangan. Sukan futsal adalah antara medium untuk memastikan ramai belia tidak terjerumus dengan aktiviti kurang sihat.” Lanjutan dari AF4B ini, Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras akan menghantar penyertaan pemain-pemain terbaik ke mana-mana perlawanan selepas ini bagi memastikan pelatih-pelatih yang berkebolehan diketengahkan. “Insya-Allah, dengan usaha dan kerja keras dari pemain-pemain ini, mereka layak untuk menyertai pasukan kebangsaan suatu hari nanti dan sekaligus menjadi duta 4B Cheras”, tambah beliau lagi.

Pada majlis itu, Pasukan Mental dari Cawangan Taman Segar Cheras telah dianugerahkan Piala Pusingan Akademi, medal, wang tunai berjumlah RM1,000.00 dan hamper kerana telah menjadi Johan Akademi Liga Futsal 4B Kawasan Cheras Ketegori Lelaki. Manakala bagi Kategori Wanita, pasukan Glamorous Sis yang terdiri daripada 7 orang adik beradik dan seorang sepupu telah dianugerahkan tempat pertama bagi kategori Wanita.

bersambung...

Sunday, February 15, 2009

Video Liga Akademi Futsal 4B

Tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang telah menamatkan Akademi Futsal 4B Cheras. Video Liga Akademi Futsal 4B untuk Majlis Penutup Liga yang tidak sempat disaksikan semalam di The Challenger Sport Centre boleh tonton di: www.youtube.com/watch?v=pimPmdX_g6I.

Gambar-gambar sepanjang Majlis Pelancaran dan Penutup pada 14 dan 15hb Februari akan di upload di fotopages dalam masa terdekat.

Semoga berjumpa lagi!

FIESTA FUTSAL KOMPLEKS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL

FIESTA FUTSAL KOMPLEKS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL

21-22 FEBRUARI 2009

STADIUM HOKI NASIONAL BUKIT JALIL

YURAN :

KATEGORI LELAKI TERBUKA RM200.00

KATEGORI WANITA RM100.00

KATEGORI REMAJA LELAKI BAWAH 15 TAHUN RM80.00

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 18 FEBRUARI 2009

HADIAH LELAKI TERBUKA

JUARA RM3,000.00

NAIB JUARA RM1,500.00

KE-3 RM800.00

KE-4 RM500.00

KATEGORI WANITA TERBUKA

JUARA RM1,000.00

NAIB JUARA RM500.00

KE-3 RM300.00

KE-4 RM150.00

KATEGORI REMAJA LELAKI BAWAH 15 TAHUN

JUARA RM500.00

NAIB JUARA RM300.00

KE-3 RM150.00

KE-4 RM100.00


Maklumat lanjut di : http://www.stadium.gov.my
Contact : SHAN,FITRI,HASLINAWATI (03-89920843,845,844)
Email : fit3@stadium.gov.my

Wednesday, February 11, 2009

Pelan Lokasi ke Challenger Futsal Centre



Jumpa Ahad ini, 15 Februari jam 8 pagi ...
Challenger Sport Centre.
(landmark : Sebelah Econsave , Taman Connought, Cheras) /Berhampiran Plaza Pheonix, Cheras.

Grand Finale & Penutup AF4B Siri 1!!!!!
Datang beramai-ramai....

KASI GEGAR!!!!

Tuesday, February 3, 2009

KEPUTUSAN LIGA TERKINI

TAHNIAH KEPADA TKC DAN GLAMOROUS SIS DI ATAS USAHA ANDA MENGHABISKAN GAME DENGAN CEPAT DISAMPING MENDAPATKAN MATA TERTINGGI.


Sebarang pertanyaan dan semakan boleh diajukan menerusi email ke: gb4bcheras@gmail.com.