Showing posts with label Liga AF4B. Show all posts
Showing posts with label Liga AF4B. Show all posts

Sunday, February 15, 2009

Video Liga Akademi Futsal 4B

Tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang telah menamatkan Akademi Futsal 4B Cheras. Video Liga Akademi Futsal 4B untuk Majlis Penutup Liga yang tidak sempat disaksikan semalam di The Challenger Sport Centre boleh tonton di: www.youtube.com/watch?v=pimPmdX_g6I.

Gambar-gambar sepanjang Majlis Pelancaran dan Penutup pada 14 dan 15hb Februari akan di upload di fotopages dalam masa terdekat.

Semoga berjumpa lagi!

Wednesday, January 28, 2009

KEPUTUSAN LIGA

Masih terdapat keputusan beberapa pasukan yang belum dapat dikemaskini selepas mesyuarat semalam, kerana terdapat beberapa Fasi yang masih bercuti Tahun Baru Cina. Walau bagaimanpun, keputusan yang dipamer adalah gambaran bagaimana mata setiap pasukan dinilai. Perlu diingatkan, markah yang diberi adalah berdasarkan kehadiran, disiplin dan penglibatan peserta.
Tahniah kepada TKC yang mendahului pasukan lain, buat masa ini.
JAWATANKUASA meminta setiap pasukan membuat semakan dan ajukan sebarang persoalan ke gb4bcheras@gmail.com sekiranya terdapat perkara berbangkit.

Tuesday, January 13, 2009

Seminar Perubatan Sukan - Futsal

Sesi pertama Liga AF4B telah bermula secara rasminya pada Ahad, 11 Januari 2009. Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita telah memulakan persaingan untuk merebut kejuaraan Liga AF4B yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

Konsep Liga akademi ini yang uniknya menawarkan segenap aspek untuk melengkapkan diri sebagai seorang pemain futsal yang berkualiti... ujian saringan kesihatan dan kecergasan yang lengkap, latihan yang konsisten oleh coach futsal yang diiktiraf FAM, latihan kecergasan dan kekuatan otot, bengkel teori teknikal/taktikal dari pegawai/doktor diiktiraf dan banyak lagi.

Seminar pada Ahad lalu telah membincangkan mengenai komposisi badan sebagai seorang pemain futsal... ujian komposisi badan telah dijalankan untuk menentukan tahap lemak, air, basal metabolic rate (BMR), berat yang perlu dikurang/ditambah untuk menjadi seorang pemain futsal yang mantap!

Selain itu juga, seminar turut membincangkan konsep latihan fizikal yang ideal untuk mengekalkan stamina, kelajuan dan lain-lain yang diperlukan oleh seorang pemain.

Dan kecederaan biasa dalam permainan futsal merupakan topik hangat pada hari itu, yang mana ramai pelatih mengambil peluang untuk bertanya soalan kepada doktor yang hadir mengenai kaedah-kaedah rawatan dan tips-tips untuk mengelakkan kecederaan dari berulang.

Slot seminar pada petang itu diakhiri dengan taklimat undang-undang dan peraturan standard futsal terkini daripada FIFA dan FAM serta pertunjukan video permainan daripada pasukan-pasukan futsal dalam dan luar negara.

Wajah -wajah ceria pelatih-pelatih AF4B boleh dilihat di bawah :










Sunday, January 11, 2009

Sesi Pemanas Badan Terakhir & Pengesahan Pasukan

Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita mengesahkan pendaftaran pasukan dalam Liga AF4B yang akan bermula pada Ahad, 11 Januari 2009.
Sesi pemanas badan ke tiga yang berlangsung pada Sabtu, 10 Januari 2009 ini telah berjalan lancar mulai jam 3.30 petang.

Sesi perlawanan persahabatan berlangsung dengan baik dibantu oleh 2 orang jurulatih futsal berpengalaman.

Sesi pada petang Sabtu akan secara rutin diselang selikan dengan aktiviti senamrobik.
Senamrobik pada petang itu berlangsung meriah dengan kehadiran instruktor terkenal dan berpengalaman. Langkah mengikut muzik moden dan tradisional ternyata mengekalkan momentum dan semangat pelatih-pelatih akademi hingga ke akhir sesi. Ternyata sesi senamrobik ini banyak membantu meningkatkan kecergasan dan kekuatan anggota bawah dan serta sistem kardiovaskular mereka.
Sesi perbincangan kumpulan juga dijalankan untuk mengharmonikan pasukan-pasukan yang baru dibentuk khas untuk liga AF4B ini.


Di akhir sesi ini, kesemua 12 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita bergambar bersama dan menyatakan komitmen dan keazaman untuk mengharungi Liga ini dengan penuh disiplin, semangat kesukanan dan seterusnya mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan mereka di tahap optimum.

Wednesday, January 7, 2009

Go AF4B... BERGERAK!

Setiap pasukan yang akan menyertai Liga AF4B digalakkan membuka satu web team masing-masing di laman web gofutsal.com. (SILA NAMAKAN PASUKAN DENGAN BERHEMAH)

Sila lihat contoh : Team AF4B



Segala perkembangan / keputusan perlawanan pasukan masing-masing boleh dikemaskini di sana.

Pihak urusetia AF4B akan turut mengemaskini mata keseluruhan liga berdasarkan minggu bermula Ahad, 11 Januari ini. (kutipan mata Liga AF4B secara rasmi)

Selamat bertanding kepada semua pasukan.

Go AF4B... BERGERAK!

Tuesday, January 6, 2009

Final Call untuk Liga AF4B

Hari terakhir pendaftaran pasukan & individu (TERHAD) dan pengundian pasukan.

Hari/Tarikh: Sabtu/10 Januari 2009

Pendaftaran bermula : 3.30 petang

Masa perlawanan : 4.00 ptg - 6.30 ptg

Taklimat akhir & pengundian : 6.30 - 7ptg.

Hubungi: En Khairul- 0163310578 / En Zainal-0133023196 /Cik Zulia-0196930066

Lokasi di Kompleks Belia & Sukan Kampung Pandan (KOMBES) - (A) pada peta di bawah: