Monday, February 16, 2009

Majlis Penutup Karnival Akhir AF4B

CHERAS, Ahad , 15 Februari 2009: Program Liga Akademi Futsal 4B (AF4B) yang dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) akhirnya telah melabuhkan tirai pada 15 Februari 2009. AF4B ini telah berjalan setiap minggu, bermula 1 November 2008 sehingga 15 Februari 2009 ini telah berjaya mengumpulkan belia seramai 144 orang menerusi aktiviti berbentuk promosi kesihatan iaitu melalui sukan futsal. Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita berkumpul di Kompleks Belia dan Sukan Kg. Pandan setiap minggu, bagi melayakkan pasukan masing-masing menyertai Karnival Akhir AF4B yang dianjurkan serentak pada hari Majlis Pelancaran Penutup ini.

Majlis Pelancaran Penutup Liga Akademi Futsal 4B Kawasan Cheras ini telah di sempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LPKM, Pn. Hjh. Kamariah bt. Mohd.Noah.

Penasihat AF4B Dr. Shawaludin bin Husin, berkata menerusi program ini, Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras akan dapat menambah penyertaan belia berpersatuan. Disamping mempromosikan kesihatan, program seperti ini juga dapat menggalakkan budaya hidup sihat dikalangan belia. Katanya, sebahagian besar penyertaan yang diperolehi adalah melalui iklan dan promosi di internet dan mereka ini telah mendaftarkan diri secara individu pada mulanya. Walaubagaimanapun, menerusi program AF4B ini, mereka telah diberikan pasukan dengan tujuan memberi pendedahan kepada pelatih untuk bekerjasama, memimpin dan berpersatuan.

“Beberapa pelatih yang berkaliber telah dikenalpasti, dan mereka ini adalah merupakan aset kepada persatuan kerana keupayaan mereka memimpin dan menggalakkan budaya hidup positif dikalangan kawan-kawan seperjuangan. Sukan futsal adalah antara medium untuk memastikan ramai belia tidak terjerumus dengan aktiviti kurang sihat.” Lanjutan dari AF4B ini, Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras akan menghantar penyertaan pemain-pemain terbaik ke mana-mana perlawanan selepas ini bagi memastikan pelatih-pelatih yang berkebolehan diketengahkan. “Insya-Allah, dengan usaha dan kerja keras dari pemain-pemain ini, mereka layak untuk menyertai pasukan kebangsaan suatu hari nanti dan sekaligus menjadi duta 4B Cheras”, tambah beliau lagi.

Pada majlis itu, Pasukan Mental dari Cawangan Taman Segar Cheras telah dianugerahkan Piala Pusingan Akademi, medal, wang tunai berjumlah RM1,000.00 dan hamper kerana telah menjadi Johan Akademi Liga Futsal 4B Kawasan Cheras Ketegori Lelaki. Manakala bagi Kategori Wanita, pasukan Glamorous Sis yang terdiri daripada 7 orang adik beradik dan seorang sepupu telah dianugerahkan tempat pertama bagi kategori Wanita.

bersambung...

No comments: