Showing posts with label perlawanan. Show all posts
Showing posts with label perlawanan. Show all posts

Sunday, December 21, 2008

AKADEMI FUTSAL 4B - MINI TOURNAMENT

Keputusan bergambar adalah seperti berikut:
(Harap maaf kerana gambar agak kabur)

JOHAN

NAIB JOHAN


PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL

Jawatankuasa AF4B mengucapkan terima kasih kepada peserta yang bersusah-payah hadir dan berjuang pada malam Friday Futsal/Perlawanan Persahabatan Futsal 4B di Gelanggang DBKL, Taman Segar. Walau terdapat team yang di'sayur', namun semangat kental mereka amat di hargai. Bagaimanapun, peserta diharapkan tidak terus mengalah dan akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi di masa hadapan. Terutamanya selepas LIGA FUTSAL 4B bermula.













Tuesday, December 16, 2008

PERLAWANAN PERSAHABATAN DENGAN WAKIL 4B CHERAS KE PIALA PRESIDEN 4B MALAYSIA

Semua pelatih Akademi Futsal Belia 4B Kawasan Cheras (AF4B), di minta memperlengkapkan diri untuk Perlawanan Futsal Persahabatan 4B yang bakal diadakan pada Jumaat ini (19 Disember 2008) bertempat di Gelanggang DBKL Taman Segar, Cheras (belakang Leisure Mall) pada jam 9 mlm hingga 11 malam.

Peserta lelaki dikehendaki untuk confirmkan kehadiran dan team kepada Abg. Khairul atau Abg. Zainal.

Manakala peserta perempuan diminta berbuat demikian kepada Kak Zulia.

Peserta juga diminta menghebahkan kepada kawan-kawan yang lain, bagi menarik lebih ramai peserta. Perlawanan Persahabatan ini merupakan salah satu inisiatif jawatankuasa AF4B, bagi menarik lebih ramai peserta, terutamanya perempuan.

Sebarang kemusykilan, boleh email kepada jawatankuasa di gb4bcheras@gmail.com atau terus kepada Kak Zulia.

Penyertaan baru amatlah dialukan. Sila sebarkan.